Dasar Keselamatan

Semua kandungan, termasuk maklumat, teks, imej, logo, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan dalam portal ini dimiliki oleh SME Corp. Malaysia dan Kerajaan Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada SME Corp. Malaysia. Begitu juga, penghasilan semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau semua kandungan dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada SME Corp. Malaysia adalah dilarang kecuali mengikut kebenaran berikut.

SME Corp. Malaysia berhak untuk menyemak semula kandungan atau menarik balik akses kepada mereka pada bila-bila masa. SME Corp. Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas bahan yang dihasilkan atau diterbitkan oleh pihak ketiga yang mempunyai pautan dengan portal MyAssist MSME sekiranya bahan tersebut belum disahkan atau disahkan oleh SME Corp. Malaysia.

Dilarang menyumbang dan menyebarkan maklumat terlarang dan bahan negatif yang bertentangan dengan dasar negara.

Penyebaran maklumat berunsur politik, hasutan atau perkauman atau apa sahaja yang menjejaskan reputasi MyAssist MSME adalah dilarang.

Pengunjung perlu memastikan fail yang dilampirkan adalah bebas virus.

Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang diberikan.

Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke portal MyAssist MSME mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian / Jabatan.

Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke portal MyAssist MSME mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian / Jabatan.

Pencerobohan atau percubaan menggodam portal MyAssist MSME adalah dilarang.

Penggunaan logo atau tanda
Penggunaan, penghasilan semula, penyalinan, atau pengedaran semula tanda atau logo MyAssist MSME tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu adalah dilarang. Tanda atau logo MyAssist MSME boleh digunakan sekiranya mana-mana pihak ketiga mempunyai perjanjian sedia ada dengan SME Corp. Malaysia. Tindakan undang- undang akan dikenakaan sekiranya anda tiada perjanjian dan kebenaran untuk menggunakan tanda atau logo MyAssist MSME.