MatchMe

Luaskan perniagaan dengan memanfaatkan platform rantaian bekalan atas talian kami pada bila-bila masa & di mana sahaja anda berada!
0
Syarikat Berdaftar

Nilai Potensi Jualan

RM 2.0 juta

0
Negara Terlibat

Apa yang kami
tawarkan?

MatchMe merupakan platform yang menghubungkan syarikat PKS dengan syarikat multinasional (MNC), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pasaraya besar dan juga syarikat-syarikat terkemuka dari dalam dan luar negara. Dengan memilih untuk menjadi ahli kepada platform ini, anda akan berpeluang menikmati perkhidmatan premium yang ditawarkan. Perkhidmatan tersebut memberi anda peluang untuk:

51XtrQQJgBL

Memperkenal, mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan kepada pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

clipart2759181

Mendapatkan maklumat tentang pelbagai permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang diperlukan sama ada di peringkat tempatan atau luar negara.

clipart2016602

Memilih syarikat induk (anchor) yang bersesuaian untuk dipadankan di dalam sesi padanan perniagaan.

Objektif utama platform ini adalah untuk menjimatkan masa dan kos serta memudahkan sebarang aktiviti padanan perniagaan diadakan berbanding dengan padanan yang dibuat secara konvensional. Melalui platform ini juga, anda tidak perlu mencari sendiri wakil syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembelian dan perolehan bagi syarikat anchor memandangkan maklumat tersebut sudahpun tersedia di dalam platform ini. Selain daripada itu, melalui aplikasi digital, pertemuan dengan wakil syarikat akan diadakan secara atas talian mengikut masa yang bersesuaian di antara kedua-dua belah pihak. Lebih istimewa, platform ini boleh diakses pada bila-bila masa iaitu 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Bagaimana platform ini membantu anda?

Melalui platform ini, pangkalan data profil setiap syarikat PKS disusun mengikut keutamaan perniagaan, projek serta peluang kerjasama terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ahli-ahli yang terdiri daripada syarikat PKS tempatan serta syarikat anchor akan menawarkan pelbagai maklumat penting seperti perancangan strategik, penjualan produk, perkongsian syarikat serta pelaburan yang sedang dilaksanakan.

Platform ini memudahkan PKS untuk membuat temu janji bersama syarikat berkaitan secara “one-to-one”, secara dalam talian. Semasa perbincangan berlangsung, platform ini akan membantu memudah cara untuk membina hubungan berkaitan penawaran dan permintaan, latar belakang budaya dan motivasi perniagaan.

Mengapa anda perlu memanfaatkan platform ini?

MicrosoftTeams-image-2-2

Platform ini diwujudkan hasil kerjasama strategik antara Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan serta mempunyai mandat untuk memperkasakan syarikat PKS tempatan ke peringkat global.

Perkhidmatan premium yang ditawarkan kepada PKS adalah mengikut keupayaan dan keperluan syarikat serta tahap semasa syarikat PKS.

Pengkalan data yang luas merangkumi MNC, GLC, Pasaraya Besar, Syarikat Besar dari dalam dan luar negara serta syarikat PKS tempatan yang mempunyai daya saing yang tinggi.

Bantuan professional untuk membantu PKS yang sentiasa bersedia pada setiap masa.