QR2E - eBiz Tools Marketplace

eBIZ_POSTER_FAO-01

QR2E – eBiz Tools Marketplace merupakan platform baharu Bank Rakyat yang menawarkan pelbagai pilihan penyelesaian perniagaan digital melalui kerjasama dengan syarikat teknologi kewangan (Fintech) bereputasi tinggi untuk membantu PMKS mendigitalkan perniagaan mereka

Pengenalan inisiatif ini membolehkan PMKS menambah baik operasi perniagaan dalam pelbagai aspek seperti sumber manusia, perakaunan, pengurusan e-dagang, pemasaran serta penjenamaan menerusi pelbagai pilihan penyelesaian perniagaan (business tools) yang diperlukan.

Penyelesaian perniagaan yang mudah, fleksibel dan inovatif ini dapat membantu PMKS dalam mendigitalkan proses perniagaan serta memperluas prospek pasaran dengan mempromosi serta membina jenama perniagaan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu PMKS memulakan kecekapan operasi perniagaan yang lebih inklusif, malah mempertingkatkan pengalaman pelanggan.

“Pendigitalan perniagaan anda bermula disini” [klik]