Dasar Privasi

SME Corp. Malaysia bertanggungjawab untuk melindungi privasi dan keselamatan data peribadi yang mungkin disediakan oleh syarikat melalui borang / kajiselidik yang disiarkan dalam talian. Data peribadi adalah termasuk maklumat yang boleh dikaitkan atau ditujukan kepada individu tertentu seperti nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel. Sekiranya SME Corp. Malaysia meminta syarikat untuk memberikan maklumat tertentu yang mana individu / kakitangan boleh dikenalpasti apabila menggunakan portal ini, maka syarikat boleh yakin bahawa ia hanya akan digunakan untuk tujuan tersebut.  

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (PDPA), setiap data peribadi yang diberikan oleh Syarikat hendaklah dilindungi mengikut undang-undang dan SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab atas apa-apa maklumat dan / atau kandungan di dalam borang / kajiselidik yang telah diturunkan dan / atau disalahgunakan secara meluas dan / atau sudah dalam pengetahuan orang ramai dan untuk sebarang risiko dan / atau kejadian dengan menyiarkan mana-mana kandungan dan maklumat yang diberikan sini. Semua maklumat yang diberikan oleh syarikat adalah untuk penggunaan SME Corp. Malaysia dan agensi kerajaan lain yang berkaitan.  

Permintaan untuk akses dan pengemaskinian maklumat yang dikemukakan boleh ditujukan kepada kami di info@smecorp.gov.my

Privasi Anda
Bahagian ini adalah untuk menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung portal. Jika anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan

Maklumat yang dikumpul
Tiada data peribadi akan dikumpul semasa melayari portal ini kecuali maklumat yang diberikan oleh pengunjung portal melalui e-mel atau permohonan dalam talian.

Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan ke laman web lain?
Portal ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini. Laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi mereka sendiri yang berbeza daripada dasar dan pengguna dinasihatkan untuk membaca dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilawati.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini diubah, pindaan akan dikemas kini untuk portal ini. Semasa melayari portal ini, anda akan dapati maklumat yang berkaitan dikumpul, bagaimana maklumat digunakan adalah bergantung kepada keadaan, dan bagaimana maklumat dikongsi dengan orang lain.