Penafian

Sila baca terma dan syarat berikut dengan teliti sebelum menggunakan portal ini. Dengan menggunakan portal ini, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

Maklumat yang terkandung di dalam portal ini disusun oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) untuk digunakan sebagai rujukan sahaja. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan dalam portal ini, SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa- apa kesilapan yang mungkin ada.

Sebahagian daripada portal ini mengandungi bahan-bahan yang disumbangkan oleh organisasi lain. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau pernyataan yang salah dalam maklumat tersebut.

Pengguna yang menggunakan pautan dari portal ini ke laman web yang disediakan oleh organisasi lain hendaklah sedar bahawa maklumat di laman-laman web itu telah disusun dan dikeluarkan oleh organisasi tersebut.  SME Corp. Malaysia tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman web yang pautannya dari portal ini dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian sekalipun (termasuk, tanpa batasan, ganti rugi bagi kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan, kehilangan maklumat , pelanggaran hak cipta) yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan portal ini.

Untuk mendorong Insentif, Dasar dan Kemudahan penyebaran yang lebih luas kepada PKS, SME Corp. Malaysia tidak menghalang pengguna untuk menyebarkan atau menghasilkan semula bahan-bahan atau sebahagian daripada bahan-bahan di portal ini, dengan syarat bahawa SME Corp. Malaysia diakui dan bahawa penyebaran atau pengeluaran semula adalah bukan bertujuan komersil (contohnya semua laman web yang berkaitan tidak boleh menyiarkan iklan yang bersifat komersil). Walaubagaimanapun, persetujuan tersebut tidak terpakai kepada bahan-bahan yang dihasilkan oleh organisasi atau laman web yang lain, yang mempunyai hak cipta.