Soalan Lazim

Portal MyAssist MSME merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu PKS menyelesaikan permasalahan dan isu berkaitan perniagaan melalui penyediaan khidmat nasihat dan maklumat perniagaan, bimbingan dan peluang pemasaran secara digital, kemudahan sokongan teknologi dan inovasi perniagaan, perkhidmatan padanan perniagaan serta inisiatif pelbagai saluran dalam talian yang dipautkan ke Agensi-agensi Pelaksana di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Empat komponen Portal MyAssist MSME adalah:

i) Pusat Maklumat

Pengumpulan dan penyebaran maklumat mengenai insentif di bawah Pakej Rangsangan PENJANA serta program pembangunan PKS.

ii) Khidmat Nasihat

Khidmat nasihat daripada kaunselor perniagaan, pakar industri dan Agensi berkaitan.

iii) Platform

Dalam talian (online) dan luar talian (offline), dan tertumpu kepada khidmat kaunselor perniagaan; sesi padanan perniagaan (business matching) dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), pasaraya besar, syarikat luar negara serta PKS yang lain; E-Dagang dan E-Pameran.

iv) Medium Maklum Balas

Pengumpulan maklum balas melalui interaksi secara terus mengenai pelaksanaan bantuan Kerajaan dan situasi semasa PKS.

Portal MyAssist MSME menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian antaranya:

  • Bantuan kepada PKS yang terkesan oleh COVID-19 & informasi berkaitan dengan keperluan perniagaan;
  • Maklumat mengenai Program-program keusahawan dan pembangunan PKS;
  • MatchMe: khidmat padanan perniagaan melalui platform yang menghubungkan syarikat PKS dengan syarikat anchor seperti syarikat multinasional (MNC), syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), pasaraya besar, syarikat-syarikat besar dari dalam dan luar negara serta PKS yang lain;
  • MeetMe: Sesi khidmat nasihat bersama Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia secara maya; dan
  • Soal Usahawan: Siri perbincangan dalam talian mengenai topik berkaitan dengan usahawan & PKS oleh penceramah-penceramah dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia dan juga usahawan yang boleh memberi inspirasi.

Semua maklumat berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan melalui Portal MyAssist MSME boleh diakses melalui dua cara:

  1. Melawat laman sesawang www.myassist-msme.gov.my; atau
  2. aplikasi mobil MyAssist MSME yang boleh dimuaturun daripada Playstore atau Apple Store.

Pengguna perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan dalam talian seperti MatchMe, MeetMe dan sesi webinar.

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh mengakses perkhidmatan dalam talian seperti platform MatchMe, MeetMe dan sesi webinar manakala pengguna yang tidak berdaftar hanya diberikan akses kepada maklumat dan perkhidmatan umum yang disediakan seperti “Bantuan Kewangan kepada PKS yang Terkesan oleh COVID-19 & Informasi Berkaitan” dan “Sokongan Teknologi”.

Di bawah menu Inisiatif, sila pilih “Bantuan Kewangan” dan tekan “Bantuan kepada PKS yang terkesan oleh COVID-19 & Informasi berkaitan”. Pengguna akan dipautkan ke halaman yang menyenaraikan bantuan kewangan khusus bagi membantu perniagaan yang terjejas oleh COVID-19.

Kebanyakan perkhidmatan dalam portal ini khususnya maklumat mengenai program pembangunan PKS, sesi khidmat nasihat dalam talian bersama Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia (MeetMe) dan Siri Soal Usahawan adalah percuma.

Pendaftaran serta akses kepada platform padanan perniagaan (MatchMe) juga buat masa ini tidak dikenakan sebarang yuran kepada PKS.

Walaubagaimanapun, terdapat platform yang mengenakan yuran yang berpatutan, contohnya seperti sesi Webinar berbayar, di mana kadar adalah bergantung kepada penganjur sesi berkenaan.

Bagi perkhidmatan lain seperti Akses kepada Infra, Klinik Usahawan INSKEN dan sebagainya, ianya tertakluk kepada pembekal perkhidmatan berkenaan.

Jika anda terlupa kata laluan, sila ikuti langkah seperti berikut:

  1. Klik pada Lupa Kata Laluan;
  2. Klik pada ikon Kata Laluan;
  3. Pilih kaedah pengesahan e-mel;
  4. Masukkan e-mel anda dan masukkan teks pengesahan seperti yang dipaparkan; dan
  5. Klik pada butang “Set Semula” untuk menetapkan semula kata laluan. Pautan untuk set semula kata laluan akan dihantar menerusi e-mel pengguna.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dikemukakan kepada Sekretariat MyAssist MSME melalui:

  1. Borang Pertanyaan di Portal dan Aplikasi Mobil MyAssist MSME;
  2. talian 1300-30-6000; atau
  3. emelkan pertanyaan/cadangan ke info@smecorp.gov.my.