Tentang MyAssist MSME

MyAssist MSME adalah satu platform khidmat nasihat perniagaan sehenti dalam talian, bagi membantu PKS menangani permasalahan dan isu berkaitan perniagaan dengan menyediakan khidmat nasihat dan maklumat perniagaan, bimbingan dan peluang pemasaran secara digital, kemudahan sokongan teknologi dan inovasi perniagaan, perkhidmatan padanan perniagaan serta inisiatif pelbagai saluran dalam talian yang dipautkan ke Agensi-agensi Pelaksana di bawah PENJANA.

PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) adalah pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang diumumkan oleh 
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia
pada 5hb Jun 2020.  PENJANA dilancarkan sebagai usaha untuk mengurangkan kesan pandemik global COVID-19 ke atas perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta memperkukuhkan semula pertumbuhan ekonomi Malaysia.